Search This Blog

Burung Hantu

Burung Hantu


Burung hantu merupakan spesies burung pemangsa yang aktif pada waktu malam (nokturnal) dan mempunyai bentuk muka yang berbeza dengan burung biasa. Muka burung hantu berbentuk rata seperti muka manusia dengan kedua belah matanya menghadap ke hadapan.

Burung hantu dikelaskan dalam susunan Strigiformes, kumpulan yang berkait rapat dengan burung tukang (nightjars). Susunan ini terbahagi kepada dua famili (yang masih wujud):

  • Tytonidae yang merangkumi 18 spesies, termasuklah burung hantu jelapang (bahasa Inggeris: barn owl); dan
  • Strigidae yang merangkumi lebih daripada 194 spesies.


Ciri-ciri
Burung hantu mempunyai paruh bengkok ke bawah yang tajam, dan mempunyai bulu jambul yang lembut. Kedua-dua jantina kelihatan serupa, walaupun burung hantu betina biasanya 25% lebih besar berbanding burung hantu jantan.

Mata burung hantu dapat melihat dengan baik dalam cahaya yang kurang. Burung ini juga dapat memusingkankan kepalanya 135 darjah ke kedua-dua belah, memberikannya bidang penglihatan yang bagus. Bagaimanapun, burung ini mengalami rabun dekat, ia tidak dapt melihat dengan jelas apa-apa yang berada betul-betul di hadapannya.

Burung hantu adalah haiwan maging. Makanan utamanya haiwan mamalia kecil seperti tikus, cencorot, burung lain dan sebagainya.

Sebagaimana burung yang lain, burung hantu membiak dengan bertelur. Telurnya berwarna putih dan mempunyai cangkerang yang keras yang dieramkan di dalam sarang yang dibina oleh burung hantu betina.

Spesies

Tytonidae
  1. Burung Pungguk Api/Burung Hantu Coklat (Phodilus badius)
  2. Burung Pungguk Jelapang/Burung Hantu Kubur (Tyto alba)
  3. Burung Hantu Rumput (Tyto longimembris)
  4. Burung Jampuk Rumput (Tyto capensis)
  5. Strigidae

Bubo scandiacus

  1. Strix varia
  2. Burung Hantu Telinga Pendek/Burung Hantu Sayap Panjang (Asio flammeus)
  3. Burung hantu telinga panjang (Asio otus)
  4. Burung Hantu Bertanduk (Bubo coromandus)
  5. Burung Hantu Bubu (Bubo sumatranus)
  6. Burung Hantu Salji (Bubo scandiacus)
  7. Burung Hantu Bersiul (Glaucidium castanopterum)
  8. Burung Hantu Kecil/Burung Hantu Kalung (Glaucidium brodiei)
  9. Burung Hantu Ikan (Ketupa zeylonensis)
  10. Burung Hantu Kuning (Ketupa ketupu)
  11. Burung Hantu Betemak (Ninox scutulata)
  12. Burung Pungguk (Ninox scutulata malaccensis)
  13. Burung Hantu Gunung (Otus spilocephalus)
  14. Burung Hantu Kening Putih (Otus sagittatus)
  15. Burung Hantu Kuang Kuik (Otus sunia)
  16. Burung Hantu Kuang Kuit (Otus scops)
  17. Burung Hantu Mantanani (Otus mantananensis)
  18. Burung Hantu Merah (Otus rufescens)
  19. Burung Hantu Reban/Burung Jampuk Reban (Otus bakkamoena)
  20. Burung Hantu Carik Kafan (Strix seloputo)
  21. Burung Hantu Punggur/Burung Hantu Punggok (Strix leptogrammica)

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Burung_Hantu

No comments:

Post a Comment